Bot karam di Kemboja, lebih 20 warga China hilang
Gambar hiasan kredit Unplash |
PHNOM PENH—Lebih 20 warga China hilang selepas sebuah bot karam di luar pantai barat daya Kemboja pada petang Khamis, Kedutaan China di Kemboja mengesahkan perkara itu pada Jumaat.
Bot itu dilaporkan membawa 41 warga China, dan 18 berjaya diselamatkan manakala baki 23 masih hilang.
Dua anak kapal warga Kemboja telah ditahan selepas kejadian itu, lapor Xinhua.
Bot berkenaan berlepas dari Guangzhou, China pada 11 Sept dan mengalami masalah selepas tiba di perairan wilayah Preah Sihanouk.
Duta China, Wang Wentian segera mengarahkan kakitangan untuk menghubungi Kementerian Pertahanan Kemboja, jabatan polis, Kerajaan Wilayah Sihanoukville dan jabatan lain yang berkaitan untuk meminta bantuan mencari mangsa yang hilang.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
-- BERNAMA