Sindiket edar dadah di Miri tumpas, 3 termasuk warga asing ditahan

Mohd Sabri menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di Miri.

MIRI— Polis Miri menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas 2,251.49 gram bahan terlarang itu bernilai RM82,576 dalam dua serbuan di sini semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol berkata, serbuan antara jam 3 hingga 3.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Miri itu dilakukan di premis rumah kedai sekitar Pusat Komersial Bintang Jaya.



Beliau berkata, tiga suspek termasuk seorang warga asing ditahan dalam serbuan tersebut.


Katanya, antara dadah yang dirampas adalah jus ekstasi warna putih pelbagai jenis 1,982 gram dianggarkan bernilai RM49,550 ; 170 biji pil Erimin 5 (76.05 gram) bernilai RM2,550); serbuk dadah disyaki dadah jenis Ketamin (162.54 gram, bernilai RM24,381) dan Pil ekstasi pelbagai warna (30.9 gram, bernilai RM1,545).


Turut ditemukan di lokasi wang tunai bercampur-campur berjumlah RM4,550.


“turut disita adalah wang tunai bercampur-campur berjumiah RM 8,750.00, seutas gelang berwarna keemasan seberat 6.30 gram (Anggaran nilai berjumlah RM1,600.00)," ujar nya ketika satu sidamg media tadi.


Jumlah anggaran sitaan adalah sebanyak  RM10,350.00  Hasil saringan awal ujian air kencing, mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.


Kesemua suspek ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2) ADB 1952.


Jika disabitkan kesalahan dibawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.


Manakala, jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum dengan penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali.


Mahkamah membenarkan empat hari tahanan reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Next Post Previous Post