Remaja maut motosikal bertembung kereta

Keadaan motosikal mangsa yang bertembung dengan kereta di KM 22, Jalan Kota Samarahan/Asajaya tengah hari tadi.

KOTA SAMARAHAN—Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kereta di Kilometer 22, Jalan Kota Samarahan/Asajaya, di sini tengah hari tadi.


Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, mangsa yang maut dikenali Muhammad Saifuddin Kamariah Abdullah,19, beralamat di Kampung Sadong Jaya.


Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudirman Kram berkata,pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu pada 1 tengah hari.


Menurutnya,kemalangan berlaku semasa mangsa bergerak dari arah Sadong Jaya hendak ke arah Kota Samarahan.


"Motosikal ditunggang telah bertembung dengan sebuah kereta yang bergerak lurus dari arah Kota Samarahan menuju ke Sadong Jaya.


"Penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.


"Keadaan cuaca semasa kemalangan adalah baik, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,"ujarnya.

Next Post Previous Post