PGA rampas 1,690 karton rokok bernilai RM 252,432


KUCHING--Cawangan Risikan, Pasukan Gerakan Am(PGA) merampas 32 kotak yang mengandungi 1,690 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM 252,432 disyaki tidak bercukai di sebuah rumah di Jalan Setia Raja, di sini pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, dalam operasi Kontraband jam 9 pagi itu turut ditangkap seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 47 tahun.



"Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching untuk tujuan permohonan reman pada hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.


"Akta ini memperuntukan hukuman denda tidak kurang 10 Ganda nilai barangan atau RM 100,000 Dan tidak lebih daripada 20 Ganda nilai barangan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih Lima tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.


Tegasnya, operasi itu akan diteruskan Dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

Next Post Previous Post