Pendirian Sarawak jelas tolak pegawai dan anggota polis bermasalah, Abang Johari

Abang Johari semasa merasmikan Muzium Limbang hari ini.


LIMBANG--Pendirian Sarawak amat jelas menolak sebarang usaha untuk menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘yang bermasalah’ untuk bertugas di negeri ini.


Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata,  hanya pegawai dan anggota yang berintegriti tinggi serta bebas dari sebarang siasatan jenayah ditempatkan di negeri ini.

 


“Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan, itu adalah pendirian kerajaan Sarawak, kenyataan itu jelas,”katanya ketika ditemui media pada sidang media selepas merasmikan Muzium Limbang hari ini.



Abang Johari berkata Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian negeri ini agar PDRM hanya menempatkan pegawai dan anggota yang berintegriti tinggi serta bebas sebarang siasatan jenayah.


Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato S Sasikala Devi dipetik Sinar Harian berkata, sembilan orang anggota polis yang terlibat dalam kes peras ugut baru – baru ini akan ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.



Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkata, PDRM menyambut baik saranan Kerajaan Sarawak dan memaklumkan keputusan pertukaran itu akan dikaji semula.

Next Post Previous Post