Orang Malaya "tetap" wajib pakai pasport masuk Sarawak


SAMARAHAN-- Sarawak tetap dengan pendiriannya untuk mengenakan penggunaan pasport bagi penduduk Semenanjung yang memasuki negeri ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata demkian mengulas pihak tertentu yang kembali mempersoal perkara itu.



"Orang nak soal, biarlah. Perkara ini telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kita akan terus perjuangkan, "katanya selepas Majlis Perasmian Break Off Samarahan di Perkarangan Parkir Kereta Aiman Mall, Kota Samarahan di sini, hari ini.


Baru-baru ini, kecoh di media sosial wakil rakyat di Parlimen membangkitkan penggunaan pasport bagi penduduk di Semenanjung memasuki Sabah dan Sarawak.


Beliau menjelaskan pengunaan pasport terbabit adalah hak Sarawak MA63 berkaitan mempertahankan imigresennya.

 

"Ini adalah perkara yang tidak boleh dirundingkan dalam  MA63,"tambahnya.

Next Post Previous Post