Objek dipercayai serpihan roket China hentam atap rumah panjang di Bintagor

Objek dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China telah ditemukan di atas bumbung rumah panjang RH Renyam, Sungai Asan Bayu berdekatan kawasan Bintangor.

BINTANGOR— Atap bocor membawa kepada penemuan satu serpihan dipercayai saki baki roket Long March 5B milik China di atas bumbung rumah panjang RH Renyam, Sungai Asan Bayu berdekatan kawasan Bintangor.


Objek berukuran dua inci lebar dan tiga inci panjang itu dipercayai terjatuh atas bumbung rumah panjang sehingga menembusi atap dan tersangkut di kayu alang rumah.



Penilik rumah berkata, objek tersebut dipercayai berada di atas atap rumah beberapa minggu yang lalu kerana beliau jarang balik ke rumah atas urusan kerja.


“Objek tersebut hanya disedari setelah balik ke rumah dan menyedari atap rumah bocor,” katanya.



Terdahulu jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, kesan hentaman yang kuat meninggalkan bekas sedalam kira-kira satu inci dengan kesan koyakan pada atap rumah.


Objek tersebut telah dibawa oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Balai Polis Lanang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Next Post Previous Post