Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten

Gambar hiasan kredit unsplash

ANKARA— Firma bioteknologi AS Moderna menyaman pesaing Pfizer dan BioNTech kerana melanggar paten penghasilan teknologi vaksin COVID-19 keluarannya.


Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat farmaseutikal AS berkenaan menuduh Pfizer dan BioNTech meniru "teknologi asas" dalam pembangunan vaksin COVID-19 mRNA tanpa kebenaran Moderna.


Menurut laporan Agensi Anadolu, saman mahkamah itu menuntut pampasan, yang difailkan di mahkamah daerah AS di Massachusetts dan mahkamah wilayah Dusseldorf di Jerman.


"Kami memfailkan tindakan undang-undang ini untuk melindungi platform teknologi inovatif mRNA yang kami rintis, melabur berbilion-bilion dolar dalam mencipta dan dipatenkan sepanjang dekad sebelum pandemik COVID-19," kata CEO Moderna Stephane Bancel.


Moderna menggunakan platform teknologi mRNAnya untuk membangunkan ubat-ubatan yang boleh merawat dan mencegah penyakit berjangkit seperti influenza dan HIV, serta penyakit autoimun dan kardiovaskular dan bentuk kanser yang jarang berlaku, tambah Bancel.


"Kami percaya bahawa Pfizer dan BioNTech meniru ciptaan Moderna secara tidak sah, dan mereka terus menggunakannya tanpa kebenaran," kata Ketua Pegawai Undang-undang Moderna Shannon Thyme Klinger.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post