Mayat terapung di Kanowit

Gambar kredit Bomba

KAPIT--Mayat kanak-kanak yang lemas selepas perahu dinaiki karam di Batu Seberang Pekan Kapit, di sini Jumaat lalu dijumpai petang ini.


Jenggut ak Antas,10,ditemukan anggota bomba yang sedang memancing di Sungai kawasan Kampung Bedil, Kanowit.


Komander Operasi, PPgB Timoty ak Barat berkata, mayat mangsa dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini.


Gambar kredit Bomba


"Jarak dari ke lokasi kejadian bot karam dalam anggaran 84 kimometer dari lokasi mayat mangsa dijumpai.


"Mayat mangsa dibawa ke jeti kampung Hilir Kanowit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, hasil dari pengecaman dilakukan bapa mangsa mengesahkan bahawa ia adalah mayat anak kandungnya, berdasarkan kepada pakaian dipakai pada waktu kejadian.


Dengan penemuan mayat itu operasi SAR ditamatkan pada jam 4 petang ini.

Next Post Previous Post