Lelaki rebah, meninggal dunia ketika ‘jungle trekking’


KUCHING— Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika ‘jungle trekking’ di Haji Baki, di sini petang tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Chua Kheng Hian, berusia 56 tahun dikatakan tiba-tiba rebah. 


“Individu yang berada berhampiran cuba memberikan bantuan kecemasan namun mangsa meninggal dunia sejurus rebah,” katanya kepada Borneo Network.



Katanya, Chua bekerja sebagai jurujual air beralkali dan merupakan Pengerusi Wilayah 1  Kelab Lion di sini.


Kawasan Haji Baki merupakan lokasi kegemaran mangsa dan difahamkan dia meluangkan masa untuk ‘jungle trekking’ antara tiga hingga empat kali seminggu.

Next Post Previous Post