Lelaki ditemui terbaring, tidur selepas kemalangan dipercayai mabuk

Anggota APM membantu mengangkat mangsa yang ditemui terbaring dalam keadaan tertidur selepas kemalangan di Bulatan Aman awal pagi tadi. Gambar kredit APM

SIBU—Seorang lelaki dipercayai mabuk cedera di bahagian muka dan dagu setelah kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat kemalangan di Bulatan Aman di sini awal pagi tadi.


Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.15 pagi tadi.


"Anggota tiba dilokasi mendapati mangsa terbaring di dalam Bulatan Aman dalam keadaan tidur.


"Dipercayai mangsa di bawah pengaruh alkohol (mabuk) hasil penilaian awal dan RBS mendapati mangsa mengalami luka di bahagian muka dan dagu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mangsa kemudian dipasang alat sokongan leher atau 'Servical Collar' dan dialihkan ke atas pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulans.


"Semasa dalam perjalanan ke hospital, mangsa diawasi dan dinilai oleh anggota APM dan dalam keadaan stabil," ujarnya.


Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya.

Next Post Previous Post