Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Kanival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia


KUCHING-- Kanival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor yang diadakan di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini dari 5 hingga 7 Ogos 2022.


Dalam karnival yang bermula jam 9 pagi hingga 5 Petang sepanjang tempoh itu turut mengadakan sesi temuduga terbuka khas untuk pencari pekerjaan.



Antara majikan yang terlibat, MBSB Bank Berhad, Centuryin Sdn Bhd, Ground Team Red,Malayan Banking Berhad (Maybank), HMN Nadhir Sdn Bhd, Subur Tiasa Holdings Berhad, HLH Hotel & Residence, Borneo Skills Development Centre, Pullman Hotel Kuching, Longi Technology (KUCHING) Sdn Bhd, Serapi Cuisine dan Gold Coin Feedmill (B) Sdn Bhd.


Selain itu, Watsons Malaysia Sdn Bhd, Samling Group Of Companies, Wehaya Sdn Bhd, One Medicare Sdn Bhd, OCIM Sdn Bhd, Longi (Kuching) Sdn Bhd, Press Metal Bintulu Sdn Bhd, Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), Journey Life Assurance, Malaysian Communication & Multimedia Commission (MCMC), Plaza Premium Lounge Malaysia Sdn Bhd, Gezhouba Engineering (M) Sdn Bhd, Boulevard Hypermarket (Kuching) Sdn Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd dan PMB Silicon Sdn Bhd.


Pada masa sama orang ramai yang ingin membuat pendaftaran boleh menggunakan pautan berikut

https://bit.ly/SWKKARNIVALJAMINKERJA.


"Bagi mempercepatkan proses pendaftaran pada hari temuduga nanti, orang ramai boleh membawa resume dan sijil yang mencukupi, pen, mendaftar di pautan pra pendaftaran (https://bit.ly/SWKKARNIVALJAMINKERJA) dan mendaftar dan melengkapkan profil di portal MYFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my)," ujarnya.


Terdahulu, Bernama melaporkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru orang ramai merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja yang dijangka menjadi tumpuan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak pada 5 hingga 7 Ogos ini.


“Dalam Jelajah AKM Kelantan baru-baru ini, saya difahamkan lebih 1,000 permohonan. Saya harap bagi siri kali ini Kerajaan Negeri dan institusi pendidikan bersama agensi pusat dapat memberikan tawaran pekerjaan, seiring dengan potensi rakyat Sarawak.


“Rakyat Sarawak perlu mengikuti perkembangan jelajah AKM ini dan meraih peluang yang ditawarkan di program ini,” katanya dalam program Malaysia Hari ini di TV3.


Terdahulu, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata AKM Sarawak dianjurkan kementeriannya bersama Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.


Katanya terdapat 28 reruai dan enam kaunter bergerak akan ditonjolkan sebagai melengkapi pengisian di tiga pentas utama dan khemah-khemah khas, yang antara lain memperkenalkan inovasi baharu dalam pembinaan jalan raya. 


Pengarah Eksekutif SEPADU Jabatan Perdana Menteri Wan Azilawati Wan Mahmood memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan turut menganjurkan program jualan murah barangan keperluan dengan diskaun harga antara 15 dan 30 peratus.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan program itu pada 7 Ogos ini dan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Next Post Previous Post