Lebih 1 juta pengundi 18 ke 20 tahun didaftar
KUALA LUMPUR—Jumlah pengundi yang berdaftar setakat Mei 2022 adalah 21,113,234 orang, dengan 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 hingga 20 tahun, manakala bakinya ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata jumlah itu adalah berdasarkan pewartaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 Jun lepas.
Beliau berkata SPR melalui Akademi Pilihan Raya telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi sejak 2017 supaya masyarakat diberi kefahaman antaranya mengenai aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya dan tanggungjawab sebagai pengundi.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) berhubung bilangan pengundi muda dan langkah kerajaan meningkatkan kesedaran serta kefahaman mereka mengenai demokrasi berparlimen.
-- BERNAMA