Lapan kapal nelayan Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia
Gambar hiasan kredit Nawacita.co |
JAKARTA—Sebanyak 83 kapal nelayan termasuk yang berbendera Malaysia ditahan kerana melakukan penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU).
Menurut Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia, 72 kapal berbendera Indonesia dan 11 lagi kapal nelayan negara asing berjaya ditahan sepanjang separuh pertama tahun ini.
Kapal asing terdiri daripada lapan yang berbendera Malaysia, satu berbendera Filipina dan dua berbendera Vietnam, kata Ketua Pengarah Penyeliaan Sumber Laut dan Perikanan, Adin Nurawaluddin.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata Indonesia berpotensi kehilangan hasil laut yang dianggarkan bernilai 270 juta rupiah (RM81 juta) sekiranya 11 kapal asing itu tidak ditahan.
Berdasarkan keputusan mahkamah, kapal asing yang ditahan akan menjadi aset negara dan digunakan sepenuhnya untuk menyokong peningkatan produktiviti nelayan tempatan, kata Adin.
-- BERNAMA