Kita dah rujuk Bukit Aman, mereka akan tentukan - Polis Sarawak

Kita dah rujuk Bukit Aman dan Bukit Aman akan tentukan - Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING--Polis Sarawak menyerahkan kepada pengurusan tertingginya di Bukit Aman mengenai sembilan anggota polis terlibat kes peras ugut yang dilaporkan ditempatkan bertugas di Sabah dan Sarawak.


Sembilan anggota polis itu sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya sudah memberikan penjelasan kepada Kerajaan Sarawak mengenai status anggota terbabit  dan satu kenyataan media mengenainya sudah disiarkan semalam.


"Kita dah rujuk Bukit Aman dan Bukit Aman akan tentukan. Kita dan berikan semalam (penjelasan) kepada kerajaan negeri dan statusnya,"katanya selepas mengadakan sidang media Operasi Tapis Khas Siri 5/ 2022  di Ibupejabat Kontinjen Polis Sarawak, Jalan Badaruddin, di sini, hari ini.


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam kenyataan media  semalam, mendedahkan belum ada anggota dan pegawai polis yang sedang disiasat berkaitan kes peras ugut di Selangor melapor diri di Sarawak.


Ini selepas pihaknya menyemak laporan media mengatakan anggota dan pegawai polis bermasalah itu dipindahkan ke Sarawak dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak.


Menurut kenyataan itu pertukaran sembilan anggota polis terbabit ke Sarawak akan dikaji semula oleh pucuk pimpinan polis.

Next Post Previous Post