Kerani bank rugi RM 27,620 terpedaya tawaran komisen tidak wujud

Gambar hiasan

SIBU--Seorang kerani bank kerugian RM 27,620 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan untuk mendapatkan komisen yang tidak wujud di media sosial.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kes itu Isnin lalu.


"Mangsa telah menerima satu pesanan ringkas (whatsapp) dari nombor yang tidak dikenali dan ditawarkan pekerjaan sampingan. 


"Pekerjaan yang ditawarkan adalah amat mudah iaitu hanya dengan tangkap layar barangan yang hendak dibeli dan membuat pembayaran seperti yang diminta," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,sekiranya tugasan yang diberikan berjaya diselesaikan, mangsa akan dibayar

semula wang bayaran berserta komisen 10 peratus seperti yang dijanjikan.


"Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak enam kali transaksi ke akaun berasingan sebanyak RM27,620 bagi melakukan enam tugasan seperti yang diberikan oleh ejen pekerjaan tersebut. 


"Setelah tugasan dilaksanakan, mangsa masih tidak menerima wang pembayaran beserta komisen yang dijanjikan," ujarnya.


Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan lebih peka dengan modus operandi scammer dalam memperdaya orang awam serta membuat keputusan rasional sebelum tindakan dibuat. 


"Melalui pendekatan ini, risiko perbankan dapat dikurangkan, sekali gus mengelakkan penjenayah meneruskan jenayah tersebut," tegasnya.

Next Post Previous Post