Jengkaut tersangkut pada kabel, dua maut terkena renjatan elektrik

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran lori selepas jengkaut yang dibawa tersangkut pada kabel di Tanjung Manis pagi ini.

SARIKEI--Dua lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas jengkaut yang dibawa menggunakan lori tersangkut pada kabel elektrik sebelum terbakar di Jalan Kampung Semalau,Tanjung Manis, di sini pagi tadi.


Dalam kejadian sekitar 9 pagi itu, mangsa disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi kejadian.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.15 pagi.


Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian.


"Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.


"Dua orang lelaki dewasa tidak sedarkan diri berkemungkinan terkena renjatan elektrik.


"Setakat ini maklumat mangsa masih belum diperolehi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,anggota Bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Next Post Previous Post