Celcom perkenalkan inovasi teknologi bertaraf dunia bantu perniagaan
Pengunjung yang melawat Celcom Business Tech Week @celcom akan berpeluang untuk mengalami kepelbagaian solusi daripada 15 pameran dunia sebenar. |
PETALING JAYA— Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperluaskan capaian digital bagi memenuhi permintaan seluruh organisasi Malaysia dengan memperkenalkan inovasi teknologi dan perkhidmatan bertaraf dunia melalui ekosistem solusi, yang terus menyokong aspirasi ekonomi digital negara.
Bermula 18 Ogos hingga 26 Ogos 2022, ibu pejabat Celcom, @celcom di Petaling Jaya dibuka kepada pemilik perniagaan, perusahaan serta pegawai sektor awam untuk mengalami dan membiasakan diri dengan solusi digital yang berpotensi untuk organisasi mereka.
Kempen ini bertujuan untuk menyokong dan mempercepatkan penggunaan digital di kalangan perniagaan tempatan dalam memacu operasi harian, produktiviti dan memastikan kemampanan perniagaan mereka.
Disokong oleh rangkaian yang terluas di negara ini, ekosistem solusi teknologi Celcom terdiri daripada rakan kongsi digital bertaraf dunia dengan kerjasama bersama 39 rakan kongsi teknologi di mana 24 daripadanya adalah organisasi tempatan.
Memahami kekangan yang dihadapi oleh kebanyakan perusahaan pada hari ini, termasuklah kemahiran, sumber, masa dan pengetahuan buat perniagaan yang terhad, Celcom Business ingin mendekati perusahaan sama ada kecil atau besar, serta sektor awam dengan memperkenalkan solusi yang relevan bagi membantu perniagaan dalam menghubungkan masyarakat dari serata dunia dengan Solusi Mudah Alih, menghubungkan pelbagai tempat dengan Solusi Tetap, menghubungkan alatan mesin dengan menggunakan solusi IoT yang menyediakan cerapan masa nyata, mengurus data dengan solusi Cloud serta melindungi data dengan solusi Keselamatan Siber.
Pengunjung yang melawat Celcom Business Tech Week @celcom akan berpeluang untuk mengalami kepelbagaian solusi daripada 15 pameran dunia sebenar oleh 10 rakan kongsi berbeza yang terdiri daripada:
· Peranti – Menyediakan kesinambungan yang lancar di mana sahaja mereka berada
· Tetap – Menyediakan jalur lebar yang berkelajuan tinggi serta kesinambungan berprestasi tinggi
· IoT – Menerapkan teknologi pintar ke dalam mesin atau aset
· Cloud – Mengurus serta mengubah data melalui sistem pengkomputeran awan
· Keselamatan Siber – Melindungi data serta harta intelek
Celcom Business Tech Week juga mempamerkan teknologi IoT yang akan menunjukkan solusi bandar pintar bagi menambahbaik keselamatan untuk kehidupan yang lebih baik; solusi pintar bagi proses pembuatan dan industri pertanian bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan; buat perushaan, solusi pintar bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dalam runcit dengan cerapan masa nyata. Pengunjung juga akan berpeluang merasai pengalaman demonstrasi realiti maya Metaverse.
Bagi memastikan komuniti peniaga yang lain tidak dipinggirkan, Celcom Business Tech Week akan turut diadakan di beberapa kawasan di luar Lembah Klang sepanjang tahun 2022 bagi mempamerkan pelbagai solusi digital yang akan membantu menginovasi dan memperkasa perusahaan merentasi industri secara digital.
Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom Axiata Berhad berkata “Memandangkan negara sedang berkembang pesat ke arah pendigitalan, Celcom sebagai pemain industri utama berusaha untuk memastikan perusahaan dilengkapi dengan solusi teknologi yang terkini bagi perniagaan mereka.”
“Kebanyakan organisasi sama ada kecil atau besar sedar akan kepentingan untuk memperkasa perniagaan mereka secara digital dalam ekosistem digital pada hari ini tetapi keberangkalian tidak tahu tentang teknologi dan solusi terkini di pasaran. Celcom Business Tech Week menangani cabaran yang biasa dihadapi dengan menerapkan solusi teknologi ke dalam perniagaan mereka. Bagi mengikuti perubahan yang terkini, setiap organisasi memerlukan rakan kongsi yang bukan sahaja dapat memastikan mereka bergerak tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka untuk berkembang dengan lebih maju. Rakan kongsi seperti Celcom Business.
“Celcom akan terus menjadi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai bagi pelanggan kami, dengan menyediakan liputan terluas serta prestasi rangkaian yang konsisten. Kami ingin menjemput pemilik perniagaan, perusahaan dan pegawai sektor awam untuk mengalami sendiri teknologi inovatif dan solusi digital terkini yang bakal memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan perniagaan, serta memacu kemajuan negara,” tambah Afizulazha.
Bagi mereka yang berminat untuk melawat Celcom Business Tech Week @celcom yang akan diadakan dari 18 hingga 26 Ogos 2022 (tidak termasuk Sabtu dan Ahad), hendaklah daftar dan membuat temujanji di sini.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Celcom Business, sila layari https://business.celcom.com.my/