Budak dikhuatiri lemas bot karam di Sungai Rajang
Operasi mencari dan menyelamat oleh BBP Kapit di Whaf Batu, pekan Kapit hari ini. Gambar kredit Bomba |
KAPIT— Seorang budak berusia dalam lingkungan 10 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama tiga lagi penumpang karam berhampiran Whaf Batu, Sungai Rajang di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, menurut saksi kejadian berlaku pada 9.30 pagi.
Gambar kredit Bomba |
“Maklumat awal terdapat sebuah bot yang membawa empat orang penumpang telah karam, namun ketiga-tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri.
Terdapat seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 10 tahun telah terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Setakat ini, maklumat mangsa belum diketahui.
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.30 pagi.