APM Sibu bantu remaja cedera kemalangan motosikal

Anggota APM sedang memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera kemalangan kendiri. Gambar kredit

SIBU— Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menyelamatkan seorang remaja lelaki yang mengalami kecederaan selepas kemalangan kendiri di Jalan Teng Chun Hua, Stadium Tertutup SIbu, di sini semalam.


Menerusi kenyataan media APM Bahagian Sibu, Sarjan (PA) Maria Jumpi berkata, seramai empat anggota bersama ambulans dikerahkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 5.45 petang.


Katanya, mangsa berusia 16 tahun, mengalami kemalangan kendiri motosikal selepas menghadiri pameran di stadium tersebut.


“Tiba di lokasi didapati mangsa duduk ditepi jalan ditemani ahli keluarga dan rakan.


Penilaian awal mendapati mangsa mengalami pendarahan di dalam  telinga dan luka calar balar dibahagian beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


APM kemudian memberikan bantuan segera dengan memasang kolar dan mencuci luka sebelum memindahkan mangsa ke dalam ambulans. Mangsa dilaporkan stabil dan boleh berkomunikasi.


Mangsa yang ditemani ayahnya kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Next Post Previous Post