Album 'Pink Venom' Blackpink dahului carta di 69 negara


SEOUL-- Single terbaru kumpulan K-pop BLACKPINK "Pink Venom" mendahului carta iTunes di 69 negara di seluruh dunia, menurut YG Entertainment pada Sabtu.


Setakat Sabtu lagu itu menduduki tempat pertama dalam carta Lagu Teratas iTunes di Amerika utara, Amerika selatan, Eropah, Asia dan Oceania setakat Sabtu, lapor agensi berita Yonhap.


Lagu itu juga menjadi pilihan utama di perkhidmatan penstriman muzik domestik seperti Melon, Bugs, Vibe dan Genie.


Video muzik lagu itu mencecah 70 juta tontonan hanya dalam masa 15 jam selepas dimuat naik di YouTube. 


Single itu akan dimuatkan dalam "Born Pink", album studio kedua kumpulan itu yang dijangka dikeluarkan pada 16 Sept. 


Album itu sudah menerima tempahan awal lebih 1.5 juta hanya dalam tempoh kurang seminggu.  


-- BERNAMA

Next Post Previous Post