Selamat walau kereta terhimpit, terperosok bawah lori
Gambar tangkap layar kemalangan di Jambatan Moyan Batu Kawa pagi tadi. Video ihsan kumpulan WhatsApp |
KUCHING— Meremang bulu menonton video tular sebuah kereta yang terhimpit di antara dua buah lori sehingga terperosok dalam kemalangan di Jambatan Moyan, Batu Kawa pagi tadi.
Namun perasaan lega apabila pemandu kereta tersebut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu.
“Polis mengesahkan pemandu kereta tiada mengalami kecederaan.
Saya juga sudah mengarahkan pegawai trafik untuk meningkatkan operasi pemeriksaan dan saman ke atas lori-lori muatan berbahaya di kawasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, video berdurasi 9 saat itu turut menyentuh perasaan netizen yang melahirkan kesyukuran selepas mengetahui pemandu tidak mengalami kecederaan.
Seorang netizen Genal Nikel berkata, “Gajah sama gajah bertarung pelanduk tersepit di tengah. Apapun syukur kepada pemandu kereta kerana terselamat dari musibah.’
“Thanks God (Terima Kasih Tuhan)”, kata Waka Waka Wavin Flag.
Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan agar pihak berkuasa melaksanakan pemantauan tanpa menunggu kemalangan berlaku.