Profesor mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu libat dana penyelidikan RM66,140

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU— Seorang pensyarah berstatus profesor dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, atas 21 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan berjumlah RM66,140.


Tertuduh, Profesor Dr. Charles Santhanaraju A/L Vairappan,55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.


Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Profesor Universiti Malaysia Sabah, didakwa telah mengemukakan tuntutan perbelanjaan palsu berhubung dengan penyelidikan berjumlah RM 66,140 .


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada tahun 2014 hingga 2017 sedangkan perbelanjaan tersebut tidak dilakukan.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nartiah F. Mirchelle Sambatan.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. 


Tertuduh juga perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Next Post Previous Post