Polis siasat video tular, suspek curi kenderaan dipukul orang awam

Tangkap layar video tular memaparkan suspek mencuri kereta dipukul orang awam. Gambar kredit PDRM

KUCHING--Polis akan melakukan siasatan menyeluruh suspek mencuri kenderaan dipukul orang awam yang tular di Facebook.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular yang dimuat turun pemilik akaun bernama Boboi Sot.


"Video berdurasi dua minit 51 saat itu memaparkan seorang suspek yang ditangkap dan di pukul orang awam kerana mencuri kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan pada 11 Julai lalu dan ditahan reman hingga semalam.


"Kita menasihatkan orang awam agar tidak mengambil tindakan yang melangkaui undang-undang dan membuat spekulasi berhubung kes ini yang masih dalam siasatan pihak polis," tegasnya.

Next Post Previous Post