Perahu Karam di Kapit,mayat salah seorang mangsa ditemukan


SIBU--Mayat seorang mangsa lemas selepas perahu yang dinaiki karam semasa melintasi salah satu jeram di kawasan Pelagus, Batang Rajang, Kapit dekat sini, semasa dalam perjalanan untuk menjala ikan, petang kelmarin djumpai awal pagi ini.


Ketua Operasi, PBKll Abu Osman Ramli berkata, warga emas Ngalang Demong,73, dijumpai pada jam 5 pagi oleh pekerja kapal muatan batu yang lalu di lokasi penemuan mayat tersebut. 


"Mayat mangsa telah dikenal pasti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.



Dalam kejadian itu,dua lelaki hilang dikenali Ngalang Demong, 73, dan Richelles Seli Lasu.


Menurut saksi, kejadian tersebut berlaku semasa saksi bersama datuknya Ngalang Demong dan bapa saudara Richelles Seli Lasu dalam perjalanan menjala ikan dari rumah panjang di Nanga Pelagus, Kapit.


Sebelum melintasi salah satu jeram di kawasan Pelagus , saksi diminta turun dari perahu dan berjalan kaki mengikut laluan pejalan kaki di tebing sungai. Manakala datuk dan bapa saudaranya bergerak menggunakan perahu.


Semasa melintasi jeram tersebut, saksi melihat perahu yang dinaiki mereka karam dan kedua-dua mangsa hilang


Operasi SAR hari kedua hari ini yang bermula jam 9 pagi masih giat dijalankan untuk  mencari seorang lagi mangsa.

Next Post Previous Post