Kempunan jual hasil ragut, lelaki dicekup polis


SIBU-- Tidak sempat jual rantai emas hasil ragut, seorang lelaki tempatan ditangkap di sini semalam sehari selepas seorang guru wanita membuat laporan polis pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditangkap sekitar jam 12.40 tengah hari semalam oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Sibu. 


"Polis turut merampas seutas rantai emas dipercayai milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, suspek juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau hasil semakan rekod jenayah.


"Suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan," katanya lagi. 


Tegas beliau kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. 


Sebelum ini, kata Zulkipli, pada 17 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kejadian ragut melibatkan mangsa, seorang guru wanita, berusia 53 tahun.


Beliau memberitahu, kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi Sabtu bertempat di tempat letak kereta Jalan Lebuh Tinggi di sini.


"Semasa mangsa keluar dari kenderaannya menuju ke sebuah hotel, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali dengan menunggang sebuah motosikal telah meragut rantai leher miliknya," katanya. 


Dedanya, akibat kejadian tersebut, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kerugian dianggarkan lebih kurang RM1,500.


Berikutan itu, katanya mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 1.21 petang Ahad.

Next Post Previous Post