Isu tuntutan Kesultanan Sulu: 14 cabang, sayap PKR Sarawak buat laporan polis terhadap Najib


KUCHING-- Sebanyak 14 cabang dan sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak di seluruh negeri tampil membuat laporan polis hari ini terhadap bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.


mengenai kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.



Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak Abun Sui Anyit berkata, tuntutan ini bermula ekoran kecuaian keputusan pentadbiran Najib yang dilaporkan telah menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu (seperti kehendak perjanjian) dalam tahun 2013. 



"Sekiranya beliau tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.



"Keputusan yang dibuat Najib itu mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini. 



Abun yang juga Ketua Cabang PKR Hulu Rajang berkata, perbuatan menghentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu dikatakan senab Notis tindakan saman yang diambil dan telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017 semasa Najib masih menjadi Perdana Menteri.



Oleh itu, tegasnya, pihak berkuasa harus menyiasat Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan, seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (P.U.A. 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Najib dalam menangani isu ini.



"Pemimpin–pemimpin PkR Sarawak yang telah membuat laporan polis akan membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian dan tanpa kecuaian yang boleh merugikan rakyat dan negara," jelasnya. 


Katanya lagi, antara Cabang dan Sayap yang telah membuat laporan Polis terhadap Najib Razak setakat ini adalah, Hulu Rajang, Angkatan Muda (AMK) Miri, Serian, Puncak Borneo, Sri Aman, Sarikei, Petrajaya, Mukah, Kapit, Kota Samarahan, Kanowit, Lubok Antu, Stampin dan Bintulu.



"Cabang–cabang lain di Sarawak yang belum membuat laporan masih dalam proses mengatur untuk berbuat demikian mengikut kesesuaian dan ada yang akan membuat laporan pada keesokan kerana ada kekangan yang tidak dapat dielakkan pada hari ini.


"Laporan yang dibuat oleh pemimpin PKR Sarawak antara lain demi menjalankan tanggungjawab sivik sebagai rakyat Malaysia yang prihatin," ujarnya. 

Next Post Previous Post