Hanya mampu menangis lihat rumah terbakar

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Jalan Batu Kaya, Lubok Antu musnah terbakar tengah hari tadi. Gambar kredit Bomba Betong

LUBOK ANTU—Empat sekeluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka di Jalan Batu Kaya, Lubok Antu berdekatan Rumah Kevin Seredin, Wong Panjai musnah terbakar tengah hari tadi .


Rumah dua tingkat separa kekal milik mangsa, Mili Tanjong telah terbakar 100 peratus dalam kejadian tersebut.


Manakala sebuah rumah PPRT yang bersebelahan terjejas kira-kira 1% akibat bahang api.


Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong PBK1 Henry Jugah berkata tiga ahli Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Daerah Lubok Antu yang pantas membantu mangsa bersama penduduk kampung.


"BBP Betong menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 11.56 pagi memaklumkan tentang kejadian tersebut," katanya.


Henry yang turut bersama anggota telah bergegas ketempat kejadian yang diketuai oleh PBK II Sapuan Abu bersama keluaran anggota dan jentera FRT dan EMRS. 


"Setibanya mereka di tempat tersebut didapati sebuah rumah separuh kekal dua tingkat telah terbakar 100%.


"Pemadaman telah dijalankan bersama penduduk dan tiga ahli PBS Daerah Lubok Antu.


"Mereka menggunakan satu pam angkut, satu aliran 200 kaki, dua nozel, air kolam yang dipam sehingga api dapat dikawal dan padam sepenuhnya.


"Bomba tidak menjalankan operasi pemadaman kerana api telah berjaya dipadamkan dan hanya membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tersebut untuk mempastikan api benar-benar telah padam.


"Walau bagaimanapun punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Next Post Previous Post