Cuba lolos ke Sarawak, 8 PATI diusir

PATI yang ditahan ketika cuba memasuki Sarawak melalui jalan tikus. Gambar kredit Briged Ketiga Infantri Malaysia

BAU—Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negeri ini melalui jalan tikus berjaya digagalkan anggota Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) di sini hari ini.


Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mereka terdiri daripada lelaki warganegara Indonesia berusia antara 23 hingga 45 tahun, tidak memiliki dokumen rentas sempadan yang sah.


Gambar kredit Briged Ketiga Infantri Malaysia


“Pada jam 11.45 pagi, anggota petugas yang sedang melaksanakan rondaan telah terserempak dengan lapan lelaki dalam keadaan mecurigakan dari arah sempadan Indonesia memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak sah. 


Tambahnya, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada barangan terlarang yang ditemui selain pakaian dan barangan peribadi melibatkan wang tunai matawang Indonesia berjumlah IDR 2,706,209 (RM802), bersama tujuh telefon bimbit.


"Keseluruhan barangan yang diperiksa dianggarkan berjumlah RM 5,792.


"Kesemua PATI telah diusir balik ke Indonesia pada 12.40 tengah hari setelah laporan dibuat di Balai Polis Bau," ujarnya.


Tegasnya, tentera darat terus komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada encerobohan PATI dan jenayah rentas sempadan dikhuatiri menyebabkan penularan wabak COVID-19.

Next Post Previous Post