BMF 2022 kongsi budaya, seni masyarakat Bidayuh

Willie Mongin semasa sidang media Festival Mistik Bidayuh (BMF) 2022 di sini hari ini.

PADAWAN—Festival Mistik Bidayuh (BMF) 2022 anjuran Persatuan Segu Bunuk Penrissen (PSBP) mulai 29 hingga 31 Julai di Gereja St Paul Bunuk, Jalan Puncak Borneo akan  budaya, seni dan masakan tradisional Bidayuh.


Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, festival akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan memasak masakan Bidayuh dan tarian poco-poco.


"Acara kemuncak ialah pertandingan ratu cantik Dayung Remus yang menawarkan hadiah kemenangan RM2,000, piala, selempang, sijil serta hadiah yang lain.


"Agensi Kerajaan Persekutuan dan Sarawak serta sektor swasta juga dijemput pada festival ini," katanya pada sidang media sempena BMF, di sini hari ini.


Willie yang juga penaung PSBP berkata, festival itu juga terbuka kepada komuniti Bidayuh dari seluruh Sarawak dan kaum-kaum lain.


“Mereka dapat memberi sokongan dan meraikan bersama-sama kita untuk memeriahkan festival ini.


“Ia memastikan kita dapat mempelajari budaya dan menghormati satu sama lain dan hidup bersama dalam Keluarga Malaysia yang besar,” ujarnya.


Antara objektif penganjuran bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai terutama generasi muda Bidayuh terhadap budaya, seni dan masakan tradisional kaum itu yang kini kian dilupakan.


Selain itu, kami mahu membawa mistik budaya Bidayuh, daya tarikannya dan mengembalikan keistimewaan pada masakan ini,” kata Willie.

Next Post Previous Post