Bayar bunga pinjaman RM 300 sehari



SIBU--Bahana terpedaya pinjaman wang tanpa lesen atas talian, seorang buruh di sini yang meminjam  sebanyak RM 300 terpaksa menanggung bayaran bunga pinjaman sebanyak RM 300 sehari.


Menurut sumber, pada 11 Mei lalu, buruh berkenaan telah melihat satu iklan pinjaman wang melalui online. 


Mangsa telah meninggalkan nombor telefon diruangan komen iklan facebook berkenaan dan pada hari yang sama,  menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat pinjaman. 


"Mangsa memberitahu ingin membuat pinjaman berjumlah RM300 dan diberitahu perlu menjelaskan RM600 dalam tempoh lima hari. 


"Sekiranya gagal menjelaskan RM600 dalam tempoh lima hari, mangsa akan dikenakan bayaran faedah setiap hari sebanyak RM300," katanya.


Katanya, mangsa juga ada menyerahkan gambar kad pengenalan melalui whatsapp kepada lelaki tersebut. 


"Pada 31Mei mangsa  telah menerima wang berjumlah RM300 yang telah dimasukkan ke dalam akaun CIMB bank miliknya.


"Sepanjang tempoh 7 hingga 17 Jun mangsa telah membuat bayaran dengan jumlah keseluruhan RM 900 dibuat ke akaun Maybank atas nama Siaw Kin Ann," ujarnya.


Namun,katanya, mangsa masih diminta lagi untuk membuat pembayaran berjumlah RM600 oleh pemberi pinjaman wang berkenaan. 


Kes siasatan berhubung kes itu dibuka semalam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Sibu.

Next Post Previous Post