Alligator Gar dari Amerika Utara ditemui di Sungai Anap!

Gambar penduduk rumah panjang

TATAU— Penduduk di rumah panjang Ulen Segaya dikejutkan dengan penemuan spesies ikan berkepala buaya yang tersangkut pada pukat di Sungai Anap, Tatau semalam.


Menurut penduduk rumah panjang, ikan tersebut ditemui tersangkut di pukat pada 6 petang semalam, ketika seorang penduduk dikenali Buan Mangai pergi ke sungai untuk mengangkat pukat miliknya.


“Alangkah terkejutnya apabila mendapati ia seekor ikan yang bersaiz besar dan ganjil berbanding spesies ikan yang biasa didapati di sungai berkenaan.


Ikan itu kemudiannya diangkat ke dalam perahu dan dibawa balik ke rumah panjang,” katanya kepada Borneo Network.


Menurutnya, ikan ganjil itu dianggarkan seberat 14 kilogram dan panjang 1.5 meter.


Sementara itu Sarawak Forestry Corporation (SFC) ketika dihubungi, berkata ia mungkin spesies Invasive Alien Species (IAS) di perairan negeri ini.


“Ikan tersebut mungkin ikan peliharaan individu tertentu namun dilepaskan ke dalam sungai apabila sudah terlalu besar dan tidak mahu membela,” kata SFC.

Next Post Previous Post