3 maut, 3 parah dalam insiden tembakan di pusat membeli belah di Copenhagen - Polis
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
COPENHAGEN, 4 Julai (Bernama) -- Tiga maut manakala tiga yang lain cedera parah, dalam satu kejadian tembakan di pusat beli-belah Copenhangen pada Ahad petang, lapor Xinhua memetik polis.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
Ketua Polis Inspektor Soren Thomassen dalam satu sidang media pada Isnin malam berkata mangsa yang maut dalam kejadian di Pusat Beli-belah Field itu ialah seorang lelaki berusia 40-an dan dua remaja.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
Menurut Thomassen, kira-kira 5.35 petang waktu tempatan (1535 GMT), polis menerima aduan mengenai kejadian tembakan di pusat beli-belah di daerah Amager di selatan Copenhangen.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
Sekitar 5.48 petang (1548 GMT), seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang membawa selaras senapang dan peluru telah ditahan di luar pusat beli-belah itu, katanya.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
Motif tembakan masih belum diketahui. Setakat ini, Thomassen berkata polis tidak menafikan kemungkinan ia berkaitan serangan pengganas.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
Field dibuka pada 2004 dan merupakan pusat beli-belah kedua terbesar di Denmark.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
“Operasi besar-besaran sedang dijalankan. Bukan hanya di Copenhagen, bahkan di seluruh Zealand (sebuah pulau di selatan Denmark). kami juga berhubung dengan polis di seluruh negara,” kata Thomassen semasa taklimat media pada Ahad petang.
Gambar dari media sosial. Kredit gambar kepada pemilik. |
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Ratu Denmark Margrethe II menzahirkan rasa terkejutnya berikutan kejadian itu dan bersimpati terhadap mangsa dan semua yang terjejas.
-- BERNAMA