18 ahli Parlimen UMNO sokong Anwar Ibrahim jadi PM?
Ketua Pembangkang Malaysia... Tetap kekal PM tepi walaupun dakwa ada sokongan majoriti |
KUALA LUMPUR-- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sememangnya pernah meminta Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Pemerhati Politik Azizi Safar menerusi hantaran Facebooknya berkata, memang betul ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO menandatangani SD sokong Anwar jadi Perdana Menteri.
"Perkara ini diakui sendiri oleh mereka yang tandatangani Surat Akuan Bersumpah tersebut.
"Antaranya, Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas. Dua kali Nazri Aziz kata dia 'signed'(telah tandatangan SD).
Azizi Safar |
"Selain Nazri dan Tajuddin Rahman yang mengaku tandatangani SD atas permintaan Presiden UMNO, Nazlan Ahli Parlimen Jerantut juga pernah mengaku dia juga dua kali tandatangani SD," katanya.
Namun, soalnya, kenapa Anwar Ibrahim masih belum jadi Perdana walaupun beberapa kali mengaku beliau ada jumlah angka yang mencukupi (Ahli Parlimen yang menyokong) untuk jadi Perdana Menteri?
"Ada orang tanya, jika betul dua kali Ahli-Ahli Parlimen UMNO tandatangani SD sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kenapa sampai sekarang Anwar Ibrahim masih tak jadi Perdana Menteri?
"Jawapan dia mudah saja. Sebabnya mudah, UMNO ada 38 orang Ahli Parlimen kesemuanya. Bukan semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO setuju dengan Presiden UMNO untuk sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
"Selain 38 Ahli Parlimen UMNO, ada 4 lagi Ahli-Ahli Parlimen mewakili parti-parti komponen BN. Mereka juga tidak bersetuju sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," jelasnya.
Tambahnya, merujuk perkara-perkara yang berlaku pada Ogos tahun lalu apabila 15 Ahli Parlimen UMNO umum tarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Katanya, hanya 15 orang saja berbuat demikian, 23 orang lagi Ahli-Ahli Parlimen UMNO kekal sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
"Pendirian yang tidak serupa atau sama dengan Presiden UMNO dan Penasihat BN.
"27 orang Ahli-Ahli Parlimen BN ambil pendirian untuk kekal sokong Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri.
"Sebenarnya, pendirian 27 orang Ahli-Ahli Parlimen BN (termasuk 23 orang Ahli-Ahli Parlimen UMNO) telah menyelamatkan negara dari mendapat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," tegasnya.
Menurut Azizi lagi, tindakan dan keputusan diambil mereka juga telah menghalang DAP dan PAN kembali jadi Kerajaan Persekutuan.
"Mereka kekal pegang ketetapan "No Anwar No DAP" dan semasa Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan bukti beliu sudah ada cukup sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hanya bawa surat-surat sokongan atau surat-surat akuan Ketua-Ketua Parti sahaja.
"Anwar Ibrahim telah gagal bawa bukti (SD sokongan) beliau ada cukup sokongan daripada setiap Ahli-Ahli Parlimen. Ini sebab kenapa Anwar Ibrahim masih jadi PM in-waiting atau PM Tepi," jelasnya.
Tambahnya lagi, mengikut sumber, hanya 18 orang Ahli-Ahli Parlimen UMNO disenaraikan telah bersetuju menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam lampiran "surat Presiden UMNO" kepada Istana Negara.
"Senarai nama sahaja, tiada SD disertakan sebab SD hanya ditandatangani dan dikumpul pada November. Anwar Ibrahim menghadap Yang DiPertuan Agong pada bulan Oktober," ujarnya.
Katanya, Tajuddin Rahman bekas Ahli MKT Lantikan Presiden UMNO telah mededahkan memang betul ada surat Presiden UMNO kepada Istana Negara sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri namun Presiden UMNO tidak pernah buat laporan polis mengenai surat itu.
Selain isu PM, Azizi turut mengusik persoalan pemilihan UMNO dengan memberitahu beliau setuju dengan pandang bahawa pemilihan UMNO sebelum PRU15 adalah langkah drastik yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah dalaman UMNO.
"Tidak ada guna jika hanya berani melabel UMNO kini ada empat kategori Ahli-Ahli tapi tak berani ambil langkah drastik untuk adakan Pemilihan UMNO dan beri peluang kepada Ahli-Ahli akar umbi UMNO untuk tentukan dan memilih pemimpin-pemimpin yang mereka mahu terajui UMNO.
"Alasan-alasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kenapa Pemilihan UMNO tidak boleh diadakan sebelum PRU15 adalah sangat lemah.
"Alasan jika ada Pemilihan UMNO sebelum PRU15, ramai pemimpin Pemuda dan Puteri UMNO akan hilang jawatan mereka kerana sudah tidak lagi layak terus pegang jawatan atau bertanding semula kerana sudah melebihi had umur bukan satu alasan yang kukuh untuk tidak adakan Pemilihan UMNO," tegas beliau.
Beliau berkata, Ahmad Maslan mendedahkan sebanyak 75 peratus Puteri Umno berumur 35 tahun ke atas dan 65 peratus kepimpinan Pemuda berusia lebih 40 tahun.
Ini bermakna kata Ahmad Maslan, ramai pemimpin sedia ada perlu melepaskan jawatan menjelang pilihan raya.
"Ramai di antara mereka sebenarnya sudah dapat 'bonus' lanjutan masa pegang jawatan dalam Pemuda dan Puteri UMNO.
"Tidak mengadakan Pemilihan UMNO dalam masa terdekat juga boleh menghalang atau merampas peluang Ahli-Ahli Pemuda dan Puteri UMNO menghampiri tempoh had umur sebagai Ahli Pemuda dan Puteri UMNO untuk pegang jawatan-jawatan dalam kedua-dua Pergerakan UMNO itu.
"Lebih lama Pemilihan UMNO ditangguhkan, lebih ramai Ahli-Ahli Pemuda dan Puteri UMNO akan hilang kelayakan untuk bertanding jawatan-jawatan dalam kedua-dua Pergerakan UMNO itu," ujarnya.
Tegasnya lagi, jika ada Pemilihan UMNO sebelum PRU15, Ahli-Ahli akar umbi UMNO berpeluang singkirkan Ahli-Ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berjiwa PPBM.
Tambahnya, jika tersingkir atau disingkirkan, mereka tiada lagi peluang untuk sabotaj parti semasa PRU15 nanti.
"Paling menarik, Mad Maslan kata jika pemilihan parti diadakan sekarang, sesetengah calon boleh hilang jawatan yang mereka pegang sekarang. Takut hilang jawatan rupanya," katanya lagi.