Video Tular Pemandu Buli Jalanan, Polis Buka Kertas Siasatan
![]() |
Tangkap layar video tular |
KUCHING--Pihak polis membuka kertas siasatan berhubung video tular pemandu buli jalanan yang tular semalam.
Ketua Polis Padawan,Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, video tular berdurasi 30 saat itu telah dimuat naik pemilik akaun facebook Sandy Tan memaparkan seoran pemandu lelaki memberhentikan kereta dan menghalang kenderaannya.
Menurutnya, kejadian itu dirakam mangsa sendiri kira-kira jam 11.30 pagi bertempat di Jalan Sungai Maong,Batu Kawa.
"Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis telah menerima laporan berhubung video tular itu.
"Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan ditalian 082-862233," tegasnya.