Varian Omicron paling cepat berjangkit dikesan di Sarawak
KUCHING: Kes varian Omicron lebih cepat berjangkit, BA.2.12.1 dan BA.5 mula dikesan menular di Sarawak.
Pekara itu didedahkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Prof Dr David Perera dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.
Jelasnya, hari ini, pihaknya melaporkan data pengawasan kami untuk kes positif COVID-19 dari 1 Mac hingga 16 Jun tahun ini.
Menurutnya lagi sebanyak 1,229 sampel berjaya disusun dalam tempoh tersebut.
"Semuanya dikesan sebagai Varian Omicron Membimbangkan B.1.1.529( VOC).
"Sampel ini mewakili kes positif yang diperoleh di seluruh negeri," katanya.
Dr David berkata,daripada jumlah itu BA.2 terus menjadi subvarian beredar yang dominan dan dengan beberapa sub-keturunan kecilnya dikesan.
Namun katanya, pada minggu terakhir Mei, kami mengesan kejadian pertama BA.2.12.1 yang sangat berjangkit daripada kes di Kuching dan BA.5 daripada kes di Sibu.
"Seterusnya, satu kes tambahan BA 2.12.1 dan tiga kes BA.5 dikesan di Kuching hingga minggu kedua dan ketiga Jun,"ujarnya.
Baru baru ini, WHO telah menandakan kedua-dua sub-keturunan ini sebagai sangat menular dengan kadar penghantaran yang lebih pantas berbanding induk Omicron VOC.
BA 2.12.1, pertama kali dikesan di Amerika Syarikat, terus menjadi pendorong utama jangkitan di negara itu.
"Selain itu, BA.5, yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan, telah menyebabkan peningkatan baru-baru ini dalam kes COVID-18 di beberapa negara di seluruh dunia.
“Memandangkan perkembangan ini, orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di negeri ini,"tegasnya.
Sehubungan itu, masyarakat juga dinasihatkan agar mendapatkan suntikan penggalak jika tidak melakukannya terutamanya bagi individu yang mempunyai komorbiditi dan individu berumur 60 tahun ke atas.