Treler muatan balak terbalik

Treler muatan balak terbalik di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Gambar kredit media sosial

Gua Musang— Seorang pemandu cedera apabila lori yang membawa muatan balak dipandunya terbalik di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa hanya cedera ringan dan laluan di dua-dua arah mengalami kesesakan sehingga lima kilometer disebabkan kayu balak yang jatuh menghalang laluan.


Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah treler dan empat kereta.



"Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang terbabas ke kanan sebelum melanggar treler muatan kayu balak.


Pada masa sama, dua Perodua Alza dan sebuah Proton Exora tidak sempat mengelak dan terlanggar kayu balak yang jatuh di jalan,” katanya.


Choon Foo menambah, mujurlah empat pemandu kereta tidak cedera.


Beliau menambah, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah berikutan kayu balak yang menghalang laluan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

Next Post Previous Post