Toyota Hilux ‘ghaib’ semasa tidur

Toyota Hilux yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri semasa pemilik sedang tidur.

SIBU— Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dilaporkan hilang dipercayai dicuri di Sibu Jaya awal pagi tadi. 


Menurut pemilik, dia memarkirkan kenderaannya itu di luar rumah. 


Katanya, dia tidak mendengar apa-apa bunyi aneh di luar rumah. 


Jelasnya, dia hanya menyedari kenderaannya hilang sebaik sahaja bangun dari tidur. 


Difahamkan, kes kehilangan kenderaan 4WD di Sibu agak kerap berlaku. 

Next Post Previous Post