Tiada petunjuk, operasi SAR lelaki hilang di Sungai Telong ditangguhkan

Gerakan SAR yang memasuki hari keempat belum menemui petunjuk. Gambar Kredit Bomba

NIAH--Lelaki yang dilaporkan hilang di sungai berdekatan Ladang Kuala Suai, Sungai Telong Batu Niah pada 8 Jun lalu masih belum dijumpai setakat ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini diperluaskan dengan radius 4 kilometer.


Katanya, operasi SAR hari ini dilakukan bermula dari hulu dan seterusnya ke hilir sungai berkenaan.



"Bagaimanapun, sepanjang operasi pencarian hari ini, pasukan SAR masih gagal menemui sebarang petunjuk mengenai lelaki warganegara Indonesia berusia 37 tahun terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah PGO, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6 petang tadi.


Sebelum ini, PGO memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada orang awam kira-kira jam 12.55 tengah hari Rabu lalu.


Katanya, maklumat awal diperoleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menyatakan mangsa berkemungkinan hilang di sungai.


Namun kata PGO, belum dapat dipastikan sama ada mangsa diserang buaya atau lemas kerana kerana tiada saksi kejadian.


"Pasukan SAR hanya menjumpai motosikal, topi, kasut dan beg sandang dipercayai milik mangsa berhampiran tepi sungai tersebut," katanya.

Next Post Previous Post