Terkejut wang simpanan RM28,000 lesap di bank
SIBU--Seorang lelaki warga emas berusia 88 tahun terkejut selepas mendapati wang simpanannya di sebuah bank berjumlah RM 28,000 lesap.
Menurut Sumber, pada Isnin lalu lelaki berkenaan mahu mengeluarkan simpanannya, namun mendapati ia sudah habis dikeluarkan.
Dia kemudian meminta pihak bank membuat semakan, penyata bank menunjukkan lelaki itu mengeluarkan sebanyak RM 1,000 dan RM 500 sejak Mei lalu sehingga wang simpanannya habis.
Anak perempuannya telah membawa ayahnya untuk membuat laporan polis.
Berdasarkan laporan mangsa tidak mempunyai sebarang kad kredit dan selalu menggunakan buku banknya untuk mengeluarkan wangnya, malah tidak memiliki telefon bimbit.
Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melakukan siasatan berhubung kes itu.