Terduduk tahan kesakitan

Anggota bomba dan APM sedang membantu mangsa dalam kemalangan di Jalan Mantis, pagi tadi. Gambar kredit APM

SIBU—Seorang wanita terduduk menahan kesakitan di tepi jalan selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan kereta di lampu isyarat Jalan Mantis, di sini, pagi tadi.


Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Sibu, Sjn (PA) Jaffry Asai berkata, wanita berusia 50 tahun itu mengalami sakit di bahagian dada dan kaki sebelah kanan dalam kejadian jam 6.19 pagi itu.


"Sampai di lokasi, anggota polis dan anggota bomba sudah berada di lokasi kejadian .


"Mangsa dalam keadaan duduk di tepi jalan dan mengadu sakit di bahagian dada dan kaki sebelah kanan akibat kemalangan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa diangkat ke atas troli stretcher dan dimasukkan ke dalam ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


"Semasa dalam perjalanan mangsa diawasi  dan diperhatikan sampai ke hospital.


Mangsa dalam keadaan stabil dan masih boleh berkomunikasi," ujarnya.

Next Post Previous Post