Terbaring di tepi parit sedalam 5 kaki

Gambar kredit APM

SIBU—Seorang lelaki cedera di bahagian leher dan tulang rusuk selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri di sungai Empawah, Bawang Assan, tengah hari semalam.


Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Sibu, L/Kpl (PA) Khajijah Julaihi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.36 tengah hari.


Menurutnya, sampai di lokasi pihak polis sudah berada di lokasi.


"Mangsa lelaki berusia 52 tahun terbaring di tepi parit sedalam lima kaki.


Mangsa mengadu sakit di bahagian leher dan tulang rusuk kiri dan kanan," katanya dalam kenyataan.


Katanya,leher mangsa di pasang cervical colar, diangkat menggunakan spinal board dan di alihkan ke atas troli strecher.


"Semasa perjalanan ke hospital Sibu,mangsa memerlukan bantuan pernafasan dan mangsa di beri bantuan oksigen dalam 05 liter perminit.


"Mangsa di hantar ke hospital Sibu di temani oleh rakan sekerja," ujarnya.


Katanya, keadaan mangsa stabil dan masih boleh berkomunikasi.

Next Post Previous Post