Tampar isteri, tidak benarkan lawat anak

Gambar hiasan


SIBU– Seorang suami tergamak menampar dan menumbuk muka isteri gara-gara tidak membenarkan wanita itu melawat anak mereka dalam kejadian di sebuah rumah di sini pagi tadi.


Borneo Network difahamkan, wanita yang kini tinggal dengan keluarganya itu mahu melawat anak lelakinya berusia enam tahun yang tinggal dengan lelaki tersebut.


Suami mangsa bagaimanapun marah dan tidak membenarkan mangsa melawat anak mereka sebelum bertindak menampar dan menumbuk muka mangsa.


Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis dan lelaki itu kemudian ditahan.


Pasangan yang berusia lewat 30-an ini telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua orang anak. Difahamkan, awal tahun ini pasangan tersebut bergaduh dan berpisah.

Next Post Previous Post