Tahan ‘azab’ cincin tersangkut di jari telunjuk

Gambar BBP Bintulu

BINTULU—Seorang pemuda terpaksa menahan azab setengah jam selepas cincin yang dipakainya tersangkut pada jari telunjuk kirinya, malam tadi.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, BBP Bintulu menerima panggilan dari mangsa pada jam 8.25 malam sebelum beliau sendiri datang ke balai bagi bantuan memotong serta mengeluarkan cincin yang tersangkut pada jarinya itu.



"Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan cincin yang tersangkut pada jari mangsa itu dengan menggunakan alat pemotong khas.


Cincin tersebut berjaya dikeluarkan pada jam 9.05 malam," jelas beliau.


Telunjuk jari mangsa yang membengkak itu kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dibenarkan balik ke kediamannya.

Next Post Previous Post