Sampai lebam muka isteri ditumbuk suami

Suspek ditahan oleh anggota dari Balai Polis Batu Niah kerana dipercayai menumbuk muka isterinya sehingga lebam. Gambar kredit Polis 

BATU NIAH—Nampak gayanya, kes suami pukul isteri belum ada kesudahannya.


Kali ini, berlaku di sebuah rumah panjang di Jalan Lama Miri-Bintulu.


Dalam kejadian, mangsa berusia 25 tahun dilaporkan lebam pada mata, mulut dan kepala selepas dipercayai ditumbuk oleh suaminya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku pada malam Khamis (2 Jun).


Susulan kejadian, mangsa telah tampil membuat satu laporan polis.


Bertindak daripada laporan tersebut, anggota dari Balai Polis Batu Niah telah menahan suspek berusia 40 tahun itu sekitar jam 11 malam yang sama untuk siasatan lanjut.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Batu Niah untuk tindakan lanjut.


Difahamkan semasa kejadian, suspek berada dibawah pengaruh alkohol.


Punca kejadian masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post