Saham BTS menjunam selepas umum ‘rehat’, fokus kerjaya solo


SEOUL— Saham syarikat rakaman kumpulan K-pop terkenal BTS menjunam dalam dagangan awal di Seoul pagi ini, susulan pengumuman untuk berehat dan membawa haluan masing-masing.


Perkembangan terbaharu itu menyebabkan saham label kumpulan itu, HYBE, merosot kira-kira 27 peratus setakat 10.40 pagi waktu tempatan.


“Jumlah dagangan merudum hampir 60 peratus setakat tahun ini dan ditutup paling rendah dalam rekod  sejak ekuiti syarikat itu diapungkan di pasaran saham pada Oktober 2020.


Kejatuhan saham ini mengakibatkan kerugian AS$1.6 bilion (RM7.07 bilion) daripada nilai pasarannya, menurut Bloomberg seperti dilaporkan Malay Mail.


BTS menerusi tujuh ahlinya iaitu Suga, RM, Jimin, BTS, J-Hope, V Jungkook dan Jin berjaya menjana berbilion dolar kepada ekonomi Korea Selatan.


Kumpulan itu mengumumkan untuk berehat  untuk jangka masa yang tidak pasti, dengan semua ahlinya akan memberikan tumpuan kepada kerjaya solo masing-masing. 


Pengumuman itu dibuat ketika malam tahunan “Festa”, yang diadakan sempena ulang tahun kelahiran kumpulan itu.


BTS sebelum ini pernah mengumumkan untuk berehat sebentar pada 2019 dan kemudian pada Disember 2021.


Kumpulan itu menambah, mereka mahu berehat selepas penat lelah selama 10 tahun menaikkan kumpulan itu sehingga mashyur dan terkenal di dunia.


Walaupun BTS tidak banyak mengadakan konsert ekoran pandemik COVID-19, namun keuntungan kumpulan itu tetap melonjak.


BTS pada 2013 dengan album '2 Cool 4 Skool' yang berjaya meraih Anugerah Muzik Billboards pada 2017 manakala single "Dynamite" pula menjadi lagu nombor satu di carta Billboard Hot 100  Ogos lalu.


Kumpulan itu telah dua kali dicalonkan untuk Grammy tetapi masih belum menang.


BTS baru-baru ini menjadi tajuk utama kerana melawat Rumah Putih untuk menyampaikan mesej kepada Presiden AS Joe Biden mengenai perjuangan menentang perkauman anti-Asia.

Next Post Previous Post