Rumah terbakar, wanita terjun tingkap selamatkan diri

Anggota bomba memadamkan kebakaran di Taman Sri Pelabuhan malam tadi. Gambar JBPM Bintulu

BINTULU—Seorang wanita bergadai nyawa dengan bertindak terjun dari tingkap rumah jenis kekal miliknya yang terbakar untuk menyelamatkan diri, di Taman Sri Pelabuhan malam tadi.


Mangsa berusia 23 tahun itu meyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap rumah di tingkat satu apabila menyedari rumahnya terbakar.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan berada di tingkat atas kediaman dua tingkat jenis kekal berkenaan.



"Sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 11.11 malam itu," ujar beliau.


Katanya sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnhkan tingkat atas kediaman berkenaan.


Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakarang dengan menggunakan  satu aliran salur bantu mula, satu aliran 100 kaki satu dividing breeching dua nozel yang mana air diperoleh dari pam jentera dan pili bomba berdekatan bagi memadam kebakaran.


"Setakat ini kebakaran yang berlaku memusnahkan 100 peratus tingkat atas kediaman terbabit yang mana punca serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan," ujarmya.


Wanita terbabit yang dikatakan penghidap asma turut diberikan bantuan oksigen sebelum dihantar ke Hospital Bintulu dengan menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.

Next Post Previous Post