RM220,000 untuk naik taraf SMK Lutong dan SK Lutong

Ting semasa melawat kedua-dua sekolah itu di Lutong

MIRI—Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM220,000 bagi menaik taraf prasarana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Lutong.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, projek naik taraf itu meliputi pembinaan semula pagar di SMK Lutong dan dewan perhimpunan di SK Lutong.


“Sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk SMK Lutong manakala RM120,000 untuk SK Lutong menggunakan dana Projek Transformasi Luar Bandar DUN Piasau,” kata Ting selepas lawatan ke sekolah tersebut semalam.


Beliau menambah, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membantu membuat pelan projek tersebut.


Ting yang juga merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata, kedua-dua itu akan dimulakan pada bulan Ogos dan dijangka siap pada Disember tahun ini.


“Kami berharap kedua-dua projek ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Next Post Previous Post