Polis Sarawak kutip hasil lelongan berjumlah RM 217,550
KUCHING---Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak mengadakan satu lelongan harta lucut hak di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 di dewan Pesuruhjaya Polis, di sini, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Mohd Sapri berkata, sebanyak 65 harta lucut hak telah di lelong.
Menurutnya, antaranya 51 barangan kemas, lima utas jam tangan, dua telefon bimbit, dua guitar, satu piano, satu televisyen dan tiga topi keledar.
"Seramai 39 orang pembida telah menyertai lelongan ini, harga asal keseluruhan berjumlah RM 189, 600.
"Hasil lelongan yang berjaya dikumpul sebanyak RM 217, 550," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mengetengahkan tindakan bagi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta melumpuhkan sumber bekalan kewangan dan aset sindiket.