Perkhidmatan Ahli Majlis dilanjutkan

Dr Sim Kui Hian

KUCHING—Tempoh perlantikan ke semua 758 Ahli Majlis di Sarawak yang tamat tempoh akhir Jun ini akan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini. 


Memetik laporan Dayak Daily, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, perlantikan tempoh Ahli Majlis  yang akan berakhir pada 30 Jun ini telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2022. 


"Keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan ini telah dibuat oleh Kabinet Sarawak hari ini. 


"Merdeka terdiri daripada Ahli Majlis daripada  24 pihak berkuasa tempatan di seluruh Sarawak," katanya.


Menjelas lanjut katanya,dalam keadaan biasa, Ahli Majlis tempatan dilantik oleh kerajaan Sarawak dan perlantikan mereka biasanya selama dua tahun. 


"Susulan keputusan menyeluruh untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan semua Ahli Majlis, tempoh Pengerusi Majlis pelbagai pihak berkuasa tempatan juga secara automatik akan dilanjutkan hingga hujung tahun ini," katanya.


Beliau berkata,ini bermakna Pengerusi Majlis semua 24 pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran yang lebih ramai penduduk seperti Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Pengerusi Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting akan terus menjadi peneraju dalam tempoh enam bulan lagi.

Next Post Previous Post